Sunday 10 November 2013

KISAH TIPU TENTANG DUA PESAKIT

Cerita in berkisarkan dua pesakit yang... ishk ,sedih nya nak taip, nak nangis,huhuhu, takpela , kisah ni biar aku je yang tahu

p/s : jangan bunuh membe ...

ANAK IKAN DI BUKIT BINTANG

Ada satu kisah menarik , seorang penternak ikan emas mahu memindah kan ternakannya yang berada di negara A ke negara B. Percubaan pertama beliau gagal kerana setibanya di negara B , ikan emas itu semuanya mati dalam kolam. Pemuda itu pun mencari punca dan membuat percubaan kedua dia dengan memberikan makanan yang banyak siap2 di dalam kolam,tetapi sayang usahanya tetap gagal. Beberapa kali dia mencuba dengan cara yang bukan2 , tetapi hasilnya tetap sama, kecewa pemuda itu..

Satu hari, ada seorang budak datang dan memberikan idea. Budak itu menyuruh pemuda itu meletakkan ikan pemangsa di dalam kolam itu sekali dengan ikan emas yang mahu dihantarnya. Dalam hati pemuda itu ' budak-budak memang macam ni ek, agak2 la kalau bodoh pun'. Tetapi melihat keyakinan yang ada pada budak itu, pemuda itu pun mencuba juga buah fikiran budak itu sebagai cubaan untuk kali terakhir beliau..

Ternyata berjaya ke negara B dengan semua ikan di dalam kolam itu hidup.. Dengan hati nya gembira berbunga bunga, dia pun bertanyakan budak itu kenapa usaha dia menjadi,lantas dijawab 'ikan emas itu berusaha untuk hidup dengan berenang melarikan diri daripada pemangsa mereka dan begitu juga ikan keli itu ,yang ingin makan mereka'... krik2

p/s : cabaran membuatkan survival kita untuk hidup lagi tinggi, don give up yeah!! 

PUTERA KATAK

Ada sekawan katak beramai ramai main ditepi lubang yang amat dalam, tetapi terdapat dua ekor katak yang bongok telah terjatuh di dalam lubang yang dalam itu. salah satu daripada mereka telah terjatuh di dasar yang paling bawah sehingga cahaya pun tidak sampai, seekor lagi jatuh tapi tidak sehingga di dasar lubang itu, dikatakan tersangkut pada batu di tepi-tepi lubang dalam tersebut..

Kawan-kawan mereka tidak mampu berbuat apa kerana mereka hanyalah katak, tetapi mereka terus berada di atas berdekatan dengan lubang tersebut dan perbualan mereka sering berkaitan dengan kawan2 mereka yang sudah jatuh itu. Sering saja mereka mengutuk , mereka berkata ' tu la nakal2 lagi, kan suda jatuh, ditimpa tangga pula' ,ada yang lain berkata, 'biasa la,mereka berdua itu bongok2 tidak macam kita yang gunakan akal' ,dan lain2 lagi cemuhan dan sindiran..

Katak yang berada di dasar itu selalu sahaja berusaha untuk naik ke atas kerana mahu hidup dan dia sering bersemangat kerana nampak di atas rakan2 nya seperti risau akan dia, tetapi sayangnya dia tidak dengar perbualan mereka. Yang sekor lagi , dia seakan akan sudah pasrah untuk meneruskan usaha kerana sering terdengar perbualan mereka , dia juga menganggap tiada siapa sayangkan dia dan mahukan dia mati...

Tidak lama selepas itu, katak yang di bawah itu pun  berjaya mencari idea untuk melepaskan diri dari lubang itu, dan bila dia sampai di tempat kawan dia, ingin juga dia tolong, tetapi katak lagi satu suda mati,kesedihan dan kelaparan... Tanpa berfikir panjang, perjuangan di teruskan dan dia sampai di atas. Dia berterima kasih dengan rakan2 nya kerana memberikan 'semangat'  , begitu juga rakan2 nya kagum dengan dia...

p/s: ini rekaan ,tiada kaitan dengan katak yang hidup atau mati.. selalu lah berfikiran positif dan x terpengaruh dengan mak mertua :p

ULU TIRAM

 Kisah mama tiram dengan anak tiram...

Anak tiram selalu mengadu dengan mamanya dengan berkata 'sakit ma, selalu jak kena pasir ,huhu :'( pasir tu keras tajam2' . Setelah itu mamanya terus saja menangis, mungkin tidak sanggup melihat anaknya sakit sambil dia bilang 'sabar ya tim, kau telan aja la pasir tu, lama-lama pasir itu yang mebuatkan kau gembira'. Anak tiram itu masih bongok tidak faham akan kata-kata mama nya itu dan terus merengek...

Beberapa tahun kemudian, anak tiram itu pun membesar dan menyedari pasir telah bertukar menjadi sesuatu yang amat2 cantik,  anak tiram yang sudah tua itu pun tersangat lah gembira sehingga terpancar kepuasan di cengkerangnya.. taw ka apa itu? mutiara. Sejurus menyedari perkara itu, anak tiram itu faham apa yang dimaksudkan oleh mamanya...

Pengajaran cerita ni, pahit itu tidak semesti nya buruk untuk ditelan, cuba la telan pasir, tengok berak mutiara ke tak?haha...